assalamualaikum semua, semalam selamat berlangsung majlis sambutan hari raya di tempat kerja aku ni.. alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar.. kalau ikutkan kami memang jadikan acara sambutan hari raya di tempat kerja kami ni sebagai acara tahunan.. walaupun secara tak rasmi tapi memang dah macam jadi kebiasaan kami buat sambutan macam ni setiap tahun.. Sambutan Hari Raya di tempat kerja sejak aku berpindah kerja dari Kota Bharu, Kelantan dulu ke sini tahun 2007, aku rasa setiap warga kerja yang ada sebumbung dengan aku ni pun sama merasakan yang sambutan hari raya kami adalah merupakan hari yang sentiasa menjadi hari yang ditunggu-tunggu.. bukan saja buat kami malah semua rakan-rakan sekerja dan pelanggan setia.. Bersama rakan-rakan sekerja setiap kali sambutan agak meriah.. pada tahun-tahun pertama aku kat sini dulu kami cuma buat sambutan ni secara kecil-kecilan je.. cuma menggunakan bilik mesyuarat kami yang kecik berada di tingkat atas makmal kami...
Blogger Malaysia : Blog untuk berkongsi kisah parenting tips, kerjaya veterinar, lifestyle, anak-anak, review, resepi dan kisah travel.