Cerita Ita: menulis blog                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel menulis blog

Kembalikan Hobi Membaca dan Menulis

H obi Membaca dan Menulis Assalamualaikum semua, tahun ni antara azam aku ialah nak kembalikan semula hobi membaca dan menulis yang aku suka sangat buat dulu. Disebabkan kesibukan hidup seharian, dah lama dah aku tak daoat buat 2 perkara yang aku suka ni. Minat Membaca Dari dulu aku memang pantang kalau jumpa buku atau kertas. Teringat waktu aku kecik-kecik sampailah ke zaman remaja. Sampai ada ketika tu arwah mak suruh sapu rumah, aku boleh berhenti lama gila pasal terjumpa keratan surat khabar dan aku baca dulu. Marah la arwah mak dulu. Haha.. mak masih ulang-ulang cerita tu sampai aku dah beranak pinak. Al-Fatihah buat arwah mak. Suka Pinjam Buku Perpustakaan Disebabkan payah nak beli buku zaman dulu pasal kewangan agak terhad, aku suka pinjam buku dari perpustakaan sekolah. Sampai aku jadi pengawas perpustakaan la zaman sekolah dulu. Punyalah minat pada buku. Sekarang ni pun aku masih teruskan minat yang satu ni. Aku ada je buat peminjaman buku kat perpustakaan kementerian. Ada yan...

Mencari Semangat Menulis Blog

Assalamualaikum semua, dan beberapa bulan ni aku cuba mencari kekuatan dan semangat untuk menulis blog semula. Selepas beberapa insiden terjadi, ku akui semangat menulis blog ni dah jatuh merundum. Tapi sedang cuba bina semangat semula dengan sokongan kawan-kawan. Blog : Di mana dan bagaimana bermula? Sejarah Blog Fenomena blog muncul pada awal tahun 1990-an. Pada mulanya, blog dianggap sebagai bentuk jurnal dalam talian di mana individu atau kumpulan boleh berkongsi pemikiran, pengalaman peribadi, atau catatan harian mereka di internet. Salah seorang pelopor dalam dunia blogging ialah Justin Hall, yang dianggap sebagai salah seorang blogger pertama. Beliau memulakan blognya pada tahun 1994 dan menulis tentang pengalaman peribadinya serta aktiviti di dunia maya. Namun, populariti dan pertumbuhan blog benar-benar meletup pada akhir tahun 1990-an dan awal tahun 2000-an. Pada masa ini, platform blogging seperti Open Diary (1998) dan LiveJournal (1999) menjadi terkenal dan menarik minat ba...