assalamualaikum semua, cuti sekolah baru ni ada rezeki untuk bawak keluarga ikut sekali masa aku berbengkel untuk penulisan saintifik di Melaka.. kali ni kami menginap di Swiss Garden Hotel Melaka.. alhamdulillah sangat puashati bila menginap di sini.. Menginap di Swiss Garden Hotel Melaka hotel ni berada betul-betul di tengah Bandar Melaka.. atau dipanggil Melaka Tengah.. lokasinya terletak bersebelahan dengan Kampung Morten yang merupakan salah satu daripada tarikan di negeri Melaka.. ada banyak kemudahan di hotel yang bersambung dengan pusat membeli-belah besar iaitu The Shore.. kiranya hotel ni memang berada di lokasi sangat strategik la.. Swiss Garden Hotel Melaka biliknya agak luas dan sangat selesa untuk kami sekeluarga.. maklumlah kalau ada 4 orang anak yang masih kecil kami masih tak boleh nak tempah bilik lain untuk anak-anak.. masih risau dengan keselamatan anak-anak kalau berlainan bilik.. jadi jalan selamat ialah cari hotel yang ada bilik besar ...
Blogger Malaysia : Blog untuk berkongsi kisah parenting tips, kerjaya veterinar, lifestyle, anak-anak, review, resepi dan kisah travel.