Cerita Ita: demam campak                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel demam campak

Dugaan Berat Buat Kami Part 2

assalamualaikum semua, dah jam 4 pagi ni...ada yang masih belum tidur? aku terkecuali ok..dah tidur dan bangun semula untuk tunaikan semua kewajipan.. kali ni kita sambung cerita mengenai dugaan yang menimpa keluarga kami..harap maklum ye..aku bercerita bukan untuk menagih simpati..bukan juga untuk mengeluh tentang nasib kami...cukup untuk menulis kenangan buat kami supaya kami sentiasa beringat yang perjalanan hidup ini tak selalunya indah dari mula sampai ke hujungnya..tidak juga terlalu pahit sehingga kita tidak sanggup untuk mengenangnya kembali..namun yang pasti apa yang berlaku insyaAllah dapat mengeratkan kasih sayang kami..bukan saja kasih sayang antara kami..malahan dengan keluarga terdekat..kawan-kawan..dan yang paling utama..Allah.. ok iklan dah sudah..jom sambung cerita.. ;) abg long mula demam semula pada hari sabtu 24/1..pada hari tu badan abg long tiba-tiba je panas mendadak pada waktu pagi..dan mula kebah bila kami bagi ubat paracetamol.. hari ahad d...

panduan untuk chicken pox

salam semua, nak kongsikan sesuatu hari ni... disebabkan aku baru mengalami pengalaman anak kena chicken pox yang agak serius... aku rasa terpanggil nak kongsikan dengan kawan-kawan beberapa perkara...antaranya apa yang patut dibuat bila kena chicken pox ... beberapa panduan tradisional yang boleh diguna pakai semasa demam ini diselit bersama.. demam ni disebabkan oleh pembawaan virus. kalau tak salah aku dalam melayu kita panggil jugak demam campak atau cacar air... chicken pox ni biasanya akan tunjuk simptom seperti demam campak biasa iaitu demam panas pada peringkat awal dan bintik-bintik merah kecil seluruh badan dalam masa 2-3 hari dan akan menimbulkan ketidakselesaan pada pesakit.. kalau secara tradisinya digalakkan meminum air kelapa muda bagi mempercepatkan proses. kesan chicken pox di belakang badan selepas itu bintik-bintik merah ni akan bertukar atau bercantum dengan satu sama lain menjadi bulatan-bulatan kecil dan membentuk kesan seperti terbakar ...

Selamat Hari Lahir Sayang....

Salam semua, entry yang agak terlambat.... walaupun lambat nak wish jugak kat sini.... sebenarnya hari isnin baru ni 21/5/2012 genap usia abg ngah 2 tahun... alhamdulillah banyak perkembangan positif abg ngah selama 2 tahun ni.... tapi yang sadisnya hadiah hari lahir abg ngah tahun ni ialah..... chicken pox!.... kesian bujang kecik tu... ini pun aku tengah bercuti kat rumah jaga dia ni... ni gambar dia masa hari isnin lepas.... sedih gila tengok muka dia masa ni.... yang pulak gambar hari ni... alhamdulillah dah mula sihat sikit.... cuma kat leher tu je yang payah sangat nak baik... selalu kena peluh dan air mata... sebab tu payah nak kering.... sekarang ni aku rasa macam ada anak sorang je dah... adik husna pun kena gak tapi dah baik jadi aku hantar dia dan abg long ke taska... nak tumpukan perhatian lebih pada orang tengah sakit ni... demand macam2 pulak bila sakit.... p/s cepat la sembuh nak... rindu anak ummi yang keletah ni....